Pages

Wednesday 26 September 2012

Seulas Pinang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Besyukur kita ke hadrat ilahi diatas limpah dan kurnianya dapat lagi kita menikmati alam semulajadi ini. Suara Malaya adalah sebuah usahaniaga kecil yang ditubuhkan untuk sama-sama merancakkan lagi dunia seni tanahair dan sebenarnya ia lebih menjurus kepada sewaan peralatan audio dan perkhidmatan juruacara serta DJ. Idea untuk mewujudkan usahaniaga ini adalah disebabkan oleh sewaan peralatan audio yang cukup mahal dan hanya mampu disewa oleh golongan yang berpendapatan tinggi. Suara Malaya berpendapat sebenarnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga mampu mendapatkan sewaan peralatan audio dan khidmat juruacara terutamanya yang melibatkan majlis perkahwinan jika ada insan yang boleh menyediakan keperluan tersebut dengan harga yang murah tanpa menjejaskan kualiti peralatan. Berasaskan moto "Semua orang boleh ceria" dan barisan penyampai-penyampai yang berpengalaman, Suara Malaya mengambil inisiatif untuk mewujudkan usahaniaga didalam industri hiburan tanahair hanya dengan mengenakan bayaran yang murah tanpa melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis anda. Bagi saya, Suara Malaya bukanlah usahaniaga yang berlandaskan keuntungan yang berlipat ganda tetapi cukuplah sekadar kami di Suara Malaya menyediakan sesuap nasi untuk anak dan isteri yang kami cintai. Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan anda ke blog kami ini dan janganlah segan atau malu untuk menghubungi kami jika perlukan khidmat kami untuk menceriakan majlis anda. Terima Kasih.

Salam ceria untuk semua,

Faizal Aris
Pengurus
Suara Malaya  

0 comments:

Post a Comment

Hakcipta Terpelihara SM ALLIED RESOURCES (PG0379166-H) @ 2017. Powered by Blogger.